Gayakan Hari-Hari Anda Dengan Pemakaian Instant Shawl Dari Qaira Hijab

Sebagai seorang wanita, anda pasti ingin tampak berkeyakinan dan menawan dengan pemakaian instant shawl sahaja, kan? 


Tetapi, anda mungkin mengalami masalah untuk mencari instant shawl yang berkualiti serta mempunyai pelbagai pilihan yang menarik. 


Lebih-lebih lagi, populariti instant shawl menjatuh sedikit jika dibandingkan dengan tudung bawal dan juga shawl. 


Untuk itu, Qaira Hijab akan berkongsi bersama anda mengapa pemakaian berhijab ini amat praktikal dan juga beberapa pilihan instant shawl yang bakal mencuri hati anda. 


Teruskan membaca! 

Instant Shawl: Trend Yang Amat Praktikal Sepanjang Masa 

Seperti nama yang diberi iaitu instant shawl, ia merujuk kepada gaya pemakaian shawl yang boleh dilakukan dalam masa singkat. 


Bak kata-kata si pemakai shawl pada masa kini, “lilit-lilit sahaja sudah cantik!”.

 
Oleh itu, kami akan berkongsi bersama anda mengapa pemakaian instant shawl sentiasa menjadi pilihan orang ramai pada masa kini. 

Dapat Menjimatkan Masa Si Pemakai

Seperti yang dinyatakan di atas, pemakaian instant shawl amatlah praktikal terutamanya pada masa kini. 


Ramai wanita bekerjaya ingin tampil berkeyakinan tinggi di tempat kerja. 
Disebabkan itu, mereka perlu lebih berhati-hati ketika membeli instant shawl di kedai pakaian. 


Hal ini kerana instant shawl mempunyai pelbagai corak yang menarik dan juga kelabuhan yang berbeza. 


Ini memberikan mereka inspirasi untuk membuat pelbagai gaya tersendiri (Do-It-Yourself fashion) dalam masa yang singkat. 


Dengan ini, mereka akan sentiasa tampak profesional dan bergaya bukan sahaja di tempat kerja, malah ketika melakukan aktivi harian. 

Pemakaian Instant Shawl Yang Lebih Kemas

Instant Shawl Qaira Hijab

Buat mereka yang masih tidak tahu, pemakaian instant shawl adalah lebih kemas jika dibandingkan dengan tudung bawal dan juga shawl biasa. Mengapa? 

Sebenarnya, instant shawl mempunyai awning yang sudah tersiap-sedia. Ini bermaksud anda tidak perlu menghabiskan masa yang banyak untuk membuat bentuk awning yang perfect

Penting ke dapatkan bentuk awning yang sempurna? 

Jawapannya adalah ya. 

Pembentukan awning yang sempurna bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang, ia juga akan membantu si individu untuk lebih fokus ketika bekerja. 

Lilitan Shawl Yang Tidak Ketat

Salah satu perbezaan ketara antara shawl biasa dan juga instant shawl, anda tidak lagi perlu menggayakan lilitan shawl yang ketat pada kepala. 


Lilitan shawl yang ketat boleh menyebabkan kelabuhan shawl itu sedikit terangkat. Ini boleh menampakkan aurat si pemakaian. 


Berbeza dengan shawl biasa, anda hanya perlu menyarungkan instant shawl ke kepala dan melilit kepala mengikut lebihan yang ada. 


Dengan ini, anda berasa lagi mudah untuk bernafas dan tidak rimas dengan pemakaian instant shawl. 

Tiada Lagi Pemakaian Shawl Yang Senget

Salah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh para wanita ialah untuk memastikan awning tudung/ shawl sentiasa tegak dan lurus. 


Itu baru masalah awning, belum lagi sentuh isu panjang lilitan shawl yang tidak sama. Pasti anda pernah terlihat lilitan shawl yang tidak sama panjang. 


Sebagai contoh, lilitan di bahagian hadapan lebih panjang berbanding bahagian belakang. Ini akan menyebabkan rasa janggal dan kurang selesa kepada si pemakai. 


Namun, dengan adanya pemakaian instant shawl, anda tidak perlu lagi risau dengan masalah kecil seperti itu. 


Anda boleh lilit sahaja instant shawl seperti biasa sambil memastikan bahawa labuh shawl itu sentiasa terjaga dengan kemas. 

Dimana Mahu Dapatkan Instant Shawl Yang Berpatutan? 

Sekiranya anda sedang mencari instant shawl dalam lingkungan harga yang berpatutan, anda boleh dapatkan di Qaira Hijab. 


Di Qaira Hijab, anda boleh mencuci mata dengan pelbagai pilihan warna dan corak minimalis yang dapat memikat hati anda. 


Berikut merupakan instant shawl yang anda boleh dapatkan daripada kami; Qaira Hijab: 

  • Butterfly Black Rose 

Sekiranya anda sedang mencari instant shawl yang mempunyai corak manik yang amat minimalis, Butterfly Black Rose merupakan pilihan yang terbaik. 


Butterfly Black Rose ini diperbuat daripada material yang sangat berkualiti iaitu Chiffon Peach. 


Yang lebih menariknya, shawl ini amat mudah untuk dipakai serta anda boleh menggayakannya mengikut kelabuhan shawl mengikut keselesaan anda. 


Selain itu, shawl ini juga pinless. Ini bermaksud anda tidak perlu memakai aksesori tambahan seperti brooch pada shawl tersebut. 

  • Butterfly Sparkle

utterfly sparkle instant shawl

Seperti nama manisnya, Butterfly Sparkle, anda pasti kelihatan berseri jika memakai instant shawl ini. 


Butterfly Sparkle mempunyai butiran manik Swarovski yang pasti akan menyerlahkan lagi kejelitaan anda!


Tambahan pula, instant shawl ini mempunyai pilihan warna yang sangat menarik seperti: 

  • Soft color : Cotton Candy, Shell Pink, Soft Blue, Puce
  • Warm color : Emerald Green, Oak Brown, Cinnamon, Cobalt Blue
  • Natural : Ginger, Nude, Tortilla 
Anda boleh melawat laman web rasmi Qaira Hijab ini untuk melihat katalog Butterfly Sparkle.
  • Butterfly Emily

Butterfly Emily Shawl

Adakah anda sedang mencari instant shawl yang mempunyai corak printed? Sekiranya ya, Butterfly Emily bakal menepati citarasa anda! 


Instant shawl ini diperbuat daripada material Chiffon Georgette yang pastinya akan memberi keselesaan kepada anda! Selain itu, corak printed pada Butterfly Emily ini sangat kasual.


Ini bermakna anda boleh menggayakannya ketika menghadiri majlis rasmi seperti perkahwinan mahupun pergi ke pejabat. 


Jangan risau, anda juga boleh adjust kelabuhan shawl ini mengikut citarasa anda!

  • Suraya Plain

Suraya plain shawl instant

Di Qaira Hijab, kami ada menyediakan instant shawl plain yang amat sesuai untuk anda melakukan aktiviti harian. 

Kami perkenalkan instant shawl Suraya Plain yang diperbuat daripada material Chiffon. 

Penjagaan instant shawl ini memerlukan anda untuk membasuh dengan tangan secara lembut.

Penggunaan mesin basuh untuk mencuci instant shawl ini adalah tidak digalakkan. 

Anda boleh dapatkan Suraya Plain dalam pelbagai pilihan warna yang menarik antaranya adalah Cream, Buttermilk, Parmesan, Iris, Sepia, dan banyak lagi!

Kesimpulannya, anda boleh dapatkan instant shawl yang mempunyai keunikan yang tersendiri.

Antaranya pilihan warna yang menarik hati dan corak minimalis yang amat sesuai dipakai untuk aktiviti harian.  

Qaira Hijab merupakan kedai fesyen yang menjual pelbagai rekaan tudung. Qaira Hijab ditubuhkan sejak 2009. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang setiap hari. 


Kami sentiasa memastikan produk-produk kami berkualiti tinggi serta selesa agar hari-hari anda sentiasa ceria! 

Dapatkan Instant Shawl Di Qaira Hijab Sekarang!