Pilihan Pakaian Muslimah Ada Di Qaira Hijab

Wanita kini inginkan kelainan dalam berfesyen termasuk pakaian muslimah seiring dengan perkembangan dunia fesyen.

Berpakaian Muslimah dan mengikut syariat Islam tidak menghalang seseorang untuk masih tampil bergaya.

Islam sangat menjaga kehormatan wanita, maka kita mestilah  memelihara aurat dengan sebaiknya.

Terdapat pelbagai pilihan daripada tudung ke baju yang boleh digayakan sesuai dengan penampilan sebagai wanita muslim.

Kini dengan zaman yang serba moden, ramai pereka fesyen tempatan yang kreatif menghasilkan koleksi yang menutup aurat tetapi kelihatan trendy. Berkonsepkan pula mix & match, sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis baju.

Mari ikuti tips memilih pakaian muslimah berpandukan syariat Islam. 

 

 

Tips Memilih Pakaian Muslimah

pakaian muslimah

Dalam perkongsian ini dapatlah serba sedikit kita pelajari ilmu baru dalam mencari pakaian muslimah yang mematuhi kehendak syariat Islam.

 

  • Menutup aurat

Pakaian muslimah yang dipilih mestilah menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian yang menutup aurat juga mudah untuk terus ke ruang solat tanpa perlu membawa telekung.

 

  • Pakaian longgar dan tidak nipis atau jarang

Islam melarang umat Islam untuk berpakaian ketat yang menjolok mata. Wanita muslimah mestilah berpakaian yang longgar supaya lebih sopan. 

 

  • Baju labuh menutupi punggung

Baju muslimah yang terdapat di pasaran biasanya melepasi paras punggung. Jubah antara pakaian yang paling praktikal kerana menutupi daripada atas sampai bawah. Pakai inner di dalam jika kain singkat atau seperti terbelah.

 

  • Pemilihan tudung yang tepat

Tudung mestilah menutupi paras dada dan tidak jarang. Contohnya, Qaira Hijab mempunyai pelbagai pilihan tudung muslimah yang mengikut syariat Islam. Jika tudung jenis chiffon yang dipakai jarang boleh dipadankan dengan inner neck supaya menutupi leher. 

 

  • Lengan panjang

Mengambil kira keadaan lengan baju juga penting supaya dapat menutupi pergelangan tangan. Jika baju yang dipakai berlengan pendek boleh dipadankan dengan handsock atau inner di dalam. 

 

 

Dapatkan Pakaian Muslimah Di Qaira Hijab

Qaira Hijab ialah butik tudung atau muslimah hijab fashion store yang diasaskan sejak 2009 dan telah berkembang ke peringkat antarabangsa.

Kesemua rekaan Qaira Hijab termasuk pakaian adalah sangat eksklusif, berkualiti tinggi dan praktikal untuk memenuhi citarsa para wanita diluar sana.  

 

  • Koleksi Tudung Express

tudung

Terbahagi kepada Bawal Express, Hijab Express Printed dan Hijab Express Plain!

Jenis material untuk koleksi tersebut adalah ironless dan breathable yang menjanjikan keselesaan.

Bukan itu sahaja, kualiti jahitan dan material juga bermutu jadi tidak perlu bimbang dengan awning tudung.

Sangat sesuai digayakan untuk pakaian kasual atau formal kerana ada bermacam pilihan warna dan bercorak atau plain. 

 

  • Koleksi Shawl

shawl

Shawl semestinya koleksi wajib yang ada!

Jika tidak gemar atau tidak reti melilit shawl, usah risau Qaira Hijab juga ada instant shawl untuk kesenangan si pemakai.

Sangat senang. Hanya sarung dan anda sudah nampak manis!

Semua koleksi tudung Qaira Hijab menggunakan jahitan yang kemas, kain yang selesa dan paling penting awning yang terletak elok.

 

  • Baju Kurung

baju kurung

Sudah pasti baju kurung antara pilihan utama dalam pilihan pakaian Muslimah.

Baju kurung oleh Qaira Hijab mempunyai rekaan yang eksklusif dan menarik seiring arus fesyen.

Ada koleksi yang mempunyai alas bahu, mesra wudu’ dan nursing friendly untuk keselesaan maksimum.

 

  • Ready-to-wear

blouse

Koleksi ready to wear oleh Qaira Hijab terdiri daripada blouse dan palazzo yang siap sedia dipakai kemana sahaja.

Banyak corak dan warna yang cantik-cantik serta minimalis yang sesuai untuk para wanita pakai buat berkerja atau berjalan-jalan.

 

Kesimpulannya, terdapat banyak pilihan pakaian muslimah yang menarik dan kelihatan trendy sesuai dengan wanita muslim.

Bukan sahaja kehormatan diri terjaga, malah dapat juga meraih pahala.

Seperti Qaira Hijab yang menawarkan baju dan tudung yang menutup aurat untuk memenuhi tuntutan Islam.

Terdapat pelbagai jenis koleksi dengan jenis material, warna, dan corak yang menarik dan up to date.

Tidak terhad kepada wanita muslimah dewasa, malah turut mempunyai pilihan untuk kanak-kanak.

Oleh itu, anda disyorkan memilih pakaian Muslimah berkualiti daripada Qaira Hijab dengan lingkungan harga yang mampu milik.


Dapatkan Pakaian Muslimah Di Qaira Hijab Sekarang