Mencari Pakaian Muslimah Yang Ready-To-Wear dan Berkualiti? Jom Tengok Senarai Ini!

Ramai yang mempunyai gambaran tersendiri apabila terdengar perkataan pakaian muslimah, kan?

Ada juga yang menyangka pakaian muslimah mestilah berwarna gelap dan tidak bergaya. 

Siapa kata menjadi wanita muslim tidak boleh berfesyen? 

Zaman sekarang, banyak pakaian muslimah yang trendy tetapi tetap menutup aurat dan patuh syariah di pasaran. 

Agama Islam tidak mengehadkan jenis fesyen tetapi memberikan garis panduan cara pemakaian yang kita perlu patuhi.

Kita hanya perlu bijak memilih untuk pastikan pakaian yang kita pakai mematuhi syariah dan tetap mengikut trend dan cita rasa kita.

 

Patuhi Piawaian Pemakaian Baju Muslimah

Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan apabila mencari pakaian muslimah seperti: 

  1. Sebagai seorang muslimah, pastinya anda sudah tahu tentang kepentingan menutup dada agar bentuk dada tidak kelihatan. 
  2. Carilah pakaian muslimah yang potongannya tidak ketat sehingga memperlihatkan bentuk tubuh badan.
  3. Sesuatu yang ramai wanita muslimah terlepas pandang adalah ketelapan kain. Kain tidak semestinya tebal tetapi perlu pastikan warna kulit dan badan tidak kelihatan. 
  4. Secara umumnya, pemakaian perlulah mencerminkan peribadi iaitu sebagai seorang muslimah yang bermaruah dan bersederhana. 
  5. Sebagai orang Islam, kita perlulah bangga dengan agama kita dengan memakai seperti seorang Muslim. Oleh itu, elakkan pemakai seperti agama lain. 
  6. Dalam al-Quran (7:26) sudah menyatakan, pakaian bukan sahaja hanya untuk menutupi tubuh tetapi juga menghiasinya. Jadi, pakailah pakaian yang bersih dan kemas dan hiaslah tubuh anda sebaiknya. 

Mudah bukan untuk mengikuti piawaian pemakaian baju muslimah? 

Pastikan pakaian anda; sama ada harian mahupun ketika mengahdiri majlis rasmi, mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh agama Islam. 


Dapatkan Pakaian Muslimah Premium di Qaira Hijab

Di bahagian ini, kami senaraikan pakaian muslimah yang mematuhi syariah tetapi masih bergaya dan trendy hanya di Qaira Hijab. 

 

  • Blouse Betty
  • blouse betty cantik

    Jika anda seorang yang sukakan blouse yang simple dan minimalis tetapi sesuai untuk dipakai ke mana-mana termasuklah ke pejabat, Blouse BETTY adalah pilihan terbaik untuk anda. 

    Blouse BETTY diperbuat daripada material Twill Polyester yang berkualiti dan dijamin tidak jarang.

    Yang menariknya, blouse ini juga merupakan nursing friendly, sesuai untuk para ibu yang menyusu. 

     

  • Blouse Ava 
  • blouse ava muslimah

    Pilihan lain untuk mereka yang minimalis dan sukakan design simple adalah Blouse AVA yang datang dengan poket hadapan.

    Diperbuat daripada kain polyester dan ukuran yang tidak ketat, blouse ini adalah amat bersesuaian untuk wanita muslimah di luar sana.

    Ibu-ibu juga tidak perlu risau kerana Blouse AVA merupakan nursing friendly. 

    Yang menariknya, Blouse AVA bukan sahaja mempunyai pelbagai pilihan warna yang memikat hati tetapi terdapat juga pilihan bercorak! 

    blouse ava floral

    Dengan corak floral yang menarik, anda boleh gayakannya dengan tudung bermacam gaya dan warna!

     

  • Suraya
  • blouse muslimah suraya

    Pakaian muslimah tidak lengkap tanpa tudung yang mematuhi syariah tetapi bergaya seperti SURAYA. 

    SURAYA ialah instant shawl yang diperbuat daripada material chiffon premium dan digandingkan dengan awning Neoprene yang pasti akan menjadi setiap kali anda memakainya. 

    Kami faham wanita muslimah seperti anda sibuk dengan kerjaya dan sentiasa ke sana sini, jadi SURAYA sangat sesuai dipakai harian kerana ianya tidak mudah kedut. 

    Yang paling penting, ianya tidak jarang dan labuh menutup dada jadi wanita muslimah seperti anda tidak perlu risau lagi.

    Dan perkara yang bakal menambat hati anda adalah SURAYA mempunyai pilihan plain dan printed. 

     

  • Azura Slim Cut 
  • azura slim cut

    Bagi mereka yang sentiasa ingin cepat and on-the-go, AZURA SLIM CUT merupakan koleksi Express Hijab oleh Qaira Hijab yang paling laris di pasaran. 

    Diinspirasi daripada corak floral yang cantik dan lembut, pilihan corak AZURA SLIM CUT pastinya membuatkan anda sentiasa  kelihatan ayu dan anggun.

    Diperbuat daripada material lycra yang sejuk, ianya sesuai dipakai untuk pemakaian harian mahupun event formal seperti ke tempat kerja.

    Anda juga tidak perlu risau tentang awning tidak jadi kerana AZURA SLIM CUT datang dengan awning Neoprene yang dijamin terjaga setiap kali anda menyarungnya. 

     

  • Safya & Ariana
  • safya

    Qaira Hijab tidak tertumpu hanya kepada wanita muslimah dewasa tetapi turut mempunyai pilihan buat kanak-kanak muslimah yang kecil-kecil cili padi! 

    Ajari anak-anak anda untuk menutup aurat sejak dari kecil dengan SAFYA dan ARIANA.

    Diperbuat daripada material moss crepe dan awning scuba, ianya mudah dan selesa dipakai oleh anak kecil anda. 

    Jika anda inginkan pilihan plain untuk baju bercorak mereka, ARIANA adalah pilihan terbaik untuk mereka.

    Pilihlah SAFYA juga anak anda ingin pilihan yang cantik dan menyeronokkan!

    ariana

    Terdapat dua saiz iaitu S (10-11 inci di hadapan, 18-19 inci di belakang) dan M (12-13 inci di hadapan, 22-23 inci di belakang) yang sesuai untuk anak-anak solehah anda. 

     

    Kesimpulannya, pakaian muslimah boleh jadi trendy, bergaya dan pelbagai fesyen dan pada masa yang sama mematuhi syariah.

    Pastikan anda mendapatkan pakaian muslimah anda (dan anak kecil anda) yang berkualiti dan memiliki harga mampu milik seperti Qaira Hijab.

    Ditubuhkan sejak 2009, Qaira Hijab sentiasa mencari idea inovatif dan kreatif untuk pastikan produk yang dikeluarkan berkualiti, selesa dan menepati cita rasa pelanggan.

    Kini, Qaira Hijab merupakan kedai fesyen yang menjual pakaian muslimah daripada baju, seluar dan tudung yang menarik dan mengikuti trend zaman sekarang.

    Jadi, jom dapatkan pilihan pakaian muslimah dengan harga yang berpatutan di Qaira Hijab sekarang. 

    Klik sahaja link di bawah ini untuk melihat pelbagai koleksi pakaian muslimah yang menarik.

    Dapatkan Pakaian Muslimah Anda di Qaira Hijab Sekarang!