Qaira Hijab, Butik Tudung Yang Dikenali Di Malaysia

Sebagai seorang hijab, tak akan ada konsep terlalu banyak tudung, bukan?

Dengan arus fesyen yang sentiasa berubah, pastinya akan ada hijab yang kita mahukan. 

Jika anda seorang hijabi dan sedang mencari butik tudung yang boleh memenuhkan koleksi tudung anda dengan stail dan fesyen yang bergaya, anda datang di tempat yang tepat.

Kami akan kongsikan tentang Qaira Hijab, koleksi tudung yang anda boleh dapatkan dan mengapa anda perlu ada sekurang-kurangnya sehelai hijab dari Qaira Hijab!

 

Koleksi Qaira Hijab yang Anda Perlu Ada

Koleksi Qaira Hijab

 

Sebelum anda ‘rule out’ Qaira Hijab sebagai butik tudung biasa sama seperti yang lain, anda silap kerana Qaira Hijab bukanlah hanya butik tudung semata-mata. 

Koleksi Qaira Hijab turut terdapat pakaian seperti blouse dan palazzo yang mematuhi syariah Islam. 

Tetapi artikel kali ini, kami akan kongsikan tentang koleksi hijab dari Qaira Hijab yang anda mesti dapatkan. 

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pakaian muslimah dari Qaira Hijab, anda boleh lihat di sini → Koleksi Apparel Qaira Hijab. 

Jom kita lihat koleksi hijab dan mengapa anda perlu dapatkan setiap satunya!

 

  • Express Hijab Printed
  •  

    Express Hijab Printed

    Dalam koleksi Express Hijab Printed Qaira Hijab ni, ada banyak siri tau!

    Antaranya adalah Azura (biasa, Slim Cut, Luxe), Carmen, Cathy, Clara, Claudia, Kate Moss, Maya Moss, Nadia, Najwa, Rossa, Sauk Printed dan Syria.

    Mesti anda terfikir, “Uish, banyaknya! Mana satu nak pilih ni? Apa beza semua siri ni?” 

    Banyak perbezaannya antaranya adalah jenis fabrik, saiz dan cutting, fabrik awning dan sama ada anda inginkan penutup dagu ataupun tidak. 

    Tapi yang paling penting tentang Express Hijab Printed Qaira Hijab adalah semuanya ironless jadi sup-sap-sup-sap je dah siap. 

    Dengan corak dan kombinasi warna yang lembut tetapi menarik, anda pasti akan tampil ayu. 

    Express Hijab Printed sesuai dipakai untuk wanita yang sentiasa ‘on-the-go’ tetapi tetap ingin kelihatan bergaya sepanjang masa. 

    Anda nak awning cotton atau crepe moss, nak awning printed atau plain, nak corak motif floral atau abstrak, semua boleh dapatkan dalam koleksi Express Hijab Printed Qaira Hijab.

     

  • Express Hijab Plain
  •  

    Express Hijab Plain

    Antara siri di bawah Express Hijab Plain Qaira Hijab adalah Jane Moss, Sauk Plain, Qeemar dan Zara Plain. 

    Walaupun plain namun warna-warna Express Hijab Plain memang wajib dimiliki dan yang paling penting, sangat senang nak matching dengan baju-baju dalam almari anda!

    Material-material dalam koleksi ini bukan sahaja ironless tetapi juga breathable, sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia.

    Bukan itu saja, ada koleksi seperti Sauk Plain dan Jane Moss sesuai untuk dipakai untuk melakukan aktiviti yang lebih lasak seperti beriadah.

    Kalau nak bergaya lebih sikit, anda boleh cuba siri Zara Plain yang merupakan gabungan tudung sarung dan shawl!

    Dapatkan koleksi Express Hijab Plain Qaira Hijab di sini.

     

  • Bawal Express
  •  

    Bawal Express

    Bawal Express pula ada siri Bella, Bella Plain, Dara, Dara Plain, Hana, Hanis, Hanis Plain, Olivia Tie-Back, Olivia Plain Tie-Back.

    Bawal Express ni sama konsep macam Express Hijab, sup-sap-sup-sap dah siap tapi bezanya dalam bentuk bawal!

    Tak perlu risau lagi nak tiup-tiup awning bawal, dengan Bawal Express Qaira Hijab confirm awning terletak cantik sebab ada banyak jenis awning dalam koleksi ini seperti scuba dan moss crepe.

    Bagi hijabi yang lebih gemar memakai bawal berbanding shawl tetapi susah nak dapat jenis bawal yang senang dipakai, Bawal Express Qaira Hijab untuk anda!

     

  • Square Scarf
  •  

    Square Scarf

    Kalau nak bawal yang biasa bentuk empat segi tu, Qaira Hijab pun ada tau jenis bawal ni di bawah koleksi Square Scarf! 

    Apa yang bestnya Square Scarf Qaira Hijab ini adalah fabrik yang berkualiti, saiz bidang dari bidang biasa hingga bidang besar, printed pun motif yang senang matching dan menarik!

    Antara siri di bawah koleksi ini adalah Darla Plain, Yasmin, Marya, Marya Diamond, Rania, Sofea dan Sofea Plain. 

    Kadangkala dengan bawal ini, biasa wanita menghadapi masalah kelegapan, kan?

    Dengan Square Scarf Qaira Hijab, anda tak perlu risau sebab ianya dijamin patuh syariah jadi anda tak perlu risau kalau-kalau ternampak leher. 

    Penggemar bawal, dapatkan Square Scarf Qaira Hijab sekarang!


  • Shawl
  •  

    Shawl

    Jenis hijab yang memang wajib ada dalam koleksi tudung setiap hijabi mestilah shawl!

    Shawl Qaira Hijab ada banyak siri, antaranya adalah Iryani, Kayla, Chempaka, Sara dan banyak lagi tetapi siri yang memang best-selling adalah Tyara, Qaira Basic dan Elese.

    Anda tak perlu risau, Qaira Hijab sentiasa menambah koleksi dengan design terbaru dan design cantik-cantik! 

    Kalau nak kongsi satu per satu siri Shawl Qaira Hijab ni memang tak habis jadi kami biarkan anda sendiri menilainya sendiri. 

    Selamat ber-rambang mata tengok koleksi Shawl Qaira Hijab!

     

  • Instant Shawl
  •  

    Instant Shawl

    Kalau ada koleksi Shawl, wajiblah ada koleksi Instant Shawl juga! 

    Instant Shawl Qaira Hijab mempunyai pelbagai jenis, gaya dan design instant shawl yang pastinya akan menarik hati sesiapa saja yang melihatnya. 

    Bukan itu sahaja, ada siri yang ada kristal Swarofski tau! Itulah betapa eksklusifnya Qaira Hijab ni!

    Antara siri di bawah koleksi Instant Shawl adalah Suraya, Suraya Plain, Butterfly Sparkle, Butterfly Black Rosem Emily, Giselle Double Loops, Iris Double Loops, Mariposa Double Loops, Thea Double Loops, Ramlah dan Ramlah Luxe.

    Macam semua koleksi Qaira Hijab, pasti akan ada siri Instant Shawl baharu yang menarik dan boleh digayaka dengan bermacam cara.

    Jangan tunggu lagi, dapatkan Instant Shawl Qaira Hijab anda!

     

  • Express Kids
  •  

    Express Kids

    Eh, belum habis lagi! Qaira Hijab turut ada koleksi hijab untuk muslimah kecil lagi cilik kita! 

    Antara siri yang berada di pasaran kini adalah Azura Luxe Kids, Safya dan Ariana. 

    Jika anda sedang mencari hijab untuk anak-anak anda, anda boleh dapatkannya di Express Kids Qaira Hijab!

     

    Di Manakah Butik Qaira Hijab? 

    Mesti ada pembeli yang jenis kena tengok depan mata dan rasa material-material hijab sebelum membeli, kan?

    Jangan risau, di sini kami senaraikan butik Qaira Hijab yang anda boleh kunjungi!

     

  • Qaira Hijab Aman Central Mall
  •  

    Qaira Hijab Aman Central Mall

    Alamat: Unit 3-11, Level 3, Aman Central 1, Lebuhraya Darulaman Alor Setar, 05100 Kota Setar, Kedah.

    Orang Kedah, dah boleh serang dah Qaira Hijab di Aman Central Mall!

     

  • Qaira Hijab AEON Shah Alam
  •  

    Qaira Hijab AEON Shah Alam

    Alamat: Lot KF8, First Floor AEON Mall, No.1, Jln Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. 

    Elegan betul kan butik Qaira Hijab di AEON Shah Alam ni? Tunggu apa lagi? Serang!

     

  • Qaira Hijab Central i-City
  •  

    Qaira Hijab Central i-City

    Alamat: Lot L2-06, Level 2, Central i-city, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. 

    Kalau AEON Shah Alam ramai orang, jangan risau di Central i-City ada lagi sebuah butik Qaira Hijab!

     

  • Qaira Hijab KL East Mall
  •  

    Qaira Hijab KL East Mall

    Alamat: G2-06 Ground Floor, KL East Mall, Jln Lingkaran Tengah 2, Taman Seri Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

    Tak kiralah dari mana pun anda, kalau ada yang ke Kuala Lumpur, jangan lupa singgah Qaira Hijab di KL East Mall tau!


  • Qaira Hijab KTCC Mall
  •  

    Qaira Hijab KTCC Mall

    Alamat: 1-36, Level 1, KTCC Mall, Muara Selatan, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu.

    Orang Ganu, jangan lepaskan peluang untuk shopping tudung berkualiti Qaira Hijab di sini, okay? 

    Tapi kalau rasa jauh-jauh butik Qaira Hijab, eh shopping online kan boleh?

    Lagi mudah, cuma klik-klik saja, tahu-tahu sampai di depan pintu rumah! 

    Tunggu apa lagi?

     

    Dapatkan hijab idaman ada di Qaira Hijab!