Tudung Instant Moss Crepe Masih Menjadi Pujaan Wanita
Posted by BOMSTART MEDIA

Moss crepe merupakan salah satu jenis fabrik yang sangat popular untuk di buat sebagai tudung pada masa sekarang. Ini kerana material ini tidak mudah berkedut dan tidak perlu digosok.
Terdapat pelbagai jenis tudung yang diperbuat oleh fabrik ini seperti tudung sarung awning, bawal, tudung instant dan banyak lagi.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda keistimewaan fabrik ini serta beberapa pilihan tudung instant moss crepe yang sesuai untuk anda!
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Keistimewaan Material Moss Crepe
-
Ringan dipakai
Salah satu kelebihan fabrik tudung ini adalah ia sangat ringan apabila dipakai dan rasanya seperti tidak memakai apa-apa di kepala.
Tudung jenis fabrik ini sangat sesuai dipakai bagi mereka yang cepat rimas atau tidak tahan panas kerana anda akan merasa sangat sejuk dan selesa apabila memakainya.
- Fabrik yang lembut
Selain itu, kelebihan fabrik tudung ini juga adalah ia sangat lembut di kulit. Ini kerana material ini diperbuat oleh kain yang sangat halus.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif, fabrik ini sangat sesuai kerana ia tidak akan menyebabkan kulit anda terasa gatal apabila memakainya.
- 10% elastik
Fabrik tudung ini juga memeri atau stretchable. Jadi ia mudah untuk dipakai dan tidak terlalu ketat dan terasa kasar di kulit kepala.
Tudung ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan ingin melakukan aktiviti lasak seperti bersukan, mendaki gunung dan sebagainya.
- Fabrik yang tidak jarang
Di samping itu, walaupun tudung jenis ini ringan dan diperbuat daripada kain yang halus, fabrik ini sememangnya tidak jarang dan tidak akan menampakkan rambut anda.
Ini kerana serat kain material ini telah dijahit dengan teliti dan rapat-rapat. Oleh itu, tudung ini dapat memelihara dan menjaga aurat anda dengan bagus apabila anda memakainya.
- Tidak turun warna
Terdapat sesetengah jenis kain yang cepat lusuh atau luntur warnanya apabila anda membasuhnya, tidak kira menggunakan mesin basuh mahupun basuh menggunakan tangan.
Namun begitu, keistimewaan fabrik tudung ini adalah ia tidak akan mudah turun warnanya walaupun dibasuh berulang-ulang kali.
Oleh itu, anda tidak perlu risau apabila membasuh tudung ini bersama baju yang lain kerana ia tidak akan merosakkan baju yang lain dengan warnanya.
Sedang Mencari Instant Moss Crepe? Marilah ke Qaira Hijab!
- Jane Moss
Adakah anda sedang mencari Tudung Ekspress/Tudung Sarung yang mudah untuk digunakan pada setiap hari dan tidak perlu digosok?
Di sini, kami memperkenalkan JANE MOSS kami yang diperbuat daripada plain moss crepe yang akan membuatkan anda selesa dan jatuh cinta apabila dipakai!
Material Awning : Scuba
Material Body : Moss Crepe
Ukuran :
Saiz M - Dari dagu 17-18 inci / Dari belakang 28-29 inci
Saiz L - Dari dagu 19-20 inci / Dari belakang 31-32 inci
Harga :
Saiz M - RM49 (Tidak termasuk harga postage)
Saiz L - RM59 (Tidak termasuk harga postage)
- Maya moss
Adakah anda sedang mencari tudung ekspres yang mudah tetapi bergaya? Di sini, kami memperkenalkan kepada anda Ekspress Hijab Special Custom dari Qaira Hijab, EMAYA MOSS.
Kami menyediakan saiz M dan L yang diperbuat daripada cetakan moss crepe yang sangat selesa. Terdapat pelbagai corak yang cantik dan manis yang anda boleh pilih!
Material Awning : Cotton
Material Body : Moss Crepe
Ukuran :
Saiz M - Dari dagu 17-18 inci / Dari belakang 28-29 inci
Saiz L - Dari dagu 19-20 inci / Dari belakang 31-32 inci
Harga:
Saiz M - RM55 | Combo 3pcs - RM150 (Tidak termasuk harga postage)
Saiz L - RM65 | Combo 3pcs - RM180 (Tidak termasuk harga postage)
- Zara Plain
Adakah anda sedang mencari Tudung Ekspress/Tudung Sarung yang mudah untuk digunakan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja?
Di sini, kami memperkenalkan kepada anda ZARA PLAIN kami yang diperbuat daripada MOSS CREPE berkualiti tinggi yang selesa dipakai dan jatuh cinta apabila dipakai!
Terdapat pelbagai warna yang cantik dan manis yang anda boleh pilih!
Materia Awning : Scuba
Material Body : Moss Crepe
Ukuran :
Saiz M - Dari dagu 22-23 inci / Dari belakang 26-27 inci
Saiz L - Dari dagu 28-29 inci / Dari belakang 30-31 inci
Harga :
Saiz M - RM59 | Combo 2pcs - RM100 (Tidak termasuk harga postage)
Saiz L - RM69 | Combo 2pcs - RM120 (Tidak termasuk harga postage)
- Najwa
Bagi mereka yang sedang mencari tudung instant yang dapat memelihara dan menjaga aurat sepenuhnya, NAJWA baharu kami adalah jawapannya!
NAJWA mempunyai awning yang lembut, penutup dagu dan juga mempunyai keratan yang lebar dan panjang pada semua sisi.
Tudung ini diperbuat daripada moss crepe lembut tanpa besi. Dengan slip on instant ini, anda dapat bersiap dalam beberapa saat sahaja!
Material Awning : Moss Crepe
Material Body : Moss Crepe
Ukuran :
Saiz M - Depan 18 inci / Belakang 28 inci
Saiz L - Depan 21 inci / Belakang 31 inci
Saiz XL - Depan 24-25 inci / Belakang 35 inci
Harga :
Saiz M - RM50 | Combo 3pcs - RM140
Saiz L - RM60 | Combo 3pcs - RM170
Saiz XL - RM70 | Combo 3pcs - RM200
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kelebihan fabrik moss crepe serta pilihan tudung daripada Qaira Hijab yang terbaik untuk anda!
Qaira Hijab merupakan kedai fesyen yang menjual pelbagai rekaan tudung. Qaira Hijab ditubuhkan sejak 2009. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang setiap hari.
Kami memastikan semua produk kami berkualiti supaya anda dapat menikmati tudung yang cantik dan selesa serta menawarkan khidmat pelanggan yang terbaik.
TAGS: