Tudung Qaira Raya: Pilihan Menarik Sempena Lebaran

Musim perayaan semakin mendekati. Pasti anda sedang mencari tudung yang bersesuaian dipakai bersama baju kurung di pagi raya. 

Sebagai seorang wanita yang mementingkan penampilan, pemilihan tudung yang tepat amat memainkan peranan. 

Oleh itu, ikuti artikel ini untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut. 

5 Jenis Material Tudung 

 Cotton

    bawal cotton

    Kain cotton  berasal daripada serat kapas yang membolehkan kulit kita bernafas dengan baik. 

    Fabrik cotton ini juga sangat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia.

    Antara ciri-ciri kain kapas adalah:

    1. Boleh dicuci secara basah dan kering 
    2. Mudah meresap 
    3. Tidak boleh direndam lama di dalam air sabun 
    4. Tidak mudah ronyok

    Satin

      Sejenis kain satin sutera yang lembut dan ditenun dengan menggunakan teknik serat filamen. 

      Fabrik satin ini sememangnya nampak elegant dan didatangkan dengan pelbagai warna. 

      Kepada mereka yang baru berjinak menggunakan satin, fabrik ini agak licin berbanding yang lain. 

      Untuk itu, anda digalakkan untuk mencari fabrik satin matte kerana ia tidak selicin seperti satin. 

      Berikut merupakan jenis-jenis fabrik satin yang anda perlu tahu: 

      • Tidak terlalu tebal dan nipis, sangat sesuai dijadikan shawl
      • Satin Silk: Terdapat yang tebal dan mudah dibentuk serta nipis dan beri efek flowy
      • Satin Crepe: Sangat sesuai dijadikan shawl, stretchable dan mudah dibentuk
      • Satin Venus: Nipis, sejuk namun tidak jarang
      • Satin Maxmara: Tekstur yang lembut, sejuk, flowy dan berkilau. Fabrik satin jenis ini mesti dibasuh dengan tangan.

      Lycra

        Buat pengetahuan anda, fabrik lycra juga dikenali sebagai spandex di sesetengah negara. 

        Seperti yang diketahui umum, pakaian yang diperbuat daripada lycra akan melekap pada tubuh. 

        Namun, fabrik lycra yang berkualiti dan mempunyai jisim yang berat tidak menampakkan bentuk tubuh. 

        Kami akan kongsikan beberapa jenis-jenis fabrik lycra yang anda perlu tahu di bawah ini:

        • Lycra Stretchable: Mudah diregangkan dan benangnya tidak mudah tertetas. Ia juga mudah menyerap peluh dan tahan lasak.
        • Lycra Cotton: Nipis, mudah serap air, sejuk, tahan lasak serta tidak tembus cahaya
        • Lycra Nipis: Mudah tembus cahaya, tidak sesuai dijadikan tudung kerana keras dan tidak menyerap air

        Chiffon

          Fabrik kain Chiffon diperbuat daripada campuran sutera, kapas, dan fiber sintetik. Ia mempunyai tekstur yang lembut, beralun, dan ringan. 

          Terdapat beberapa contoh jenis-jenis fabrik Chiffon seperti Chiffon Sutera, Chiffon Georgette, Double Chiffon dan sebagainya. 

          • Ultrafine Voile Premium

          Fabrik Ultrafine Voile Premium selesa untuk dibuat sebagai tudung bawal. 

          Hal ini kerana ia sesuai dan seimbang dari segi kekerasan dan kelembutannya. Selain itu, ia juga mudah dibentuk apabila dipakai. 

          Cara Penjagaan Tudung Dengan Baik

          Pada bahagian ini, kami akan berkongsi dengan anda beberapa tips penjagaan tudung dengan baik. 

           Elak menggunakan mesin basuh

            elak guna mesin basuh

            Ini merupakan langkah yang paling utama dalam penjagaan tudung. 

            Pembasuhan baju dan tudung di dalam mesin basuh bukan sahaja boleh menyebabkan warna yang bercapuk. 

            Malah, ia juga akan menyebabkan awning tudung rosak dan benang tertetas. 

            Cara yang betul adalah dengan mencuci tudung berasingan daripada baju. 

            Serta, elakkan daripada menggunakan dryer agar material tudung tidak mudah rosak.

             Suhu rendah ketika menggosok

            gosok tudung suhu rendah

            Semestinya menggosok pakaian dengan suhu yang agak tinggi adalah lebih cepat. Namun begitu, setiap pakaian memerlukan suhu haba yang berlainan. 

            Hal ini disebabkan setiap pakaian seperti tudung atau baju menggunakan material fabrik yang berbeza. 

            Oleh itu, anda digalakkan untuk tidak menggosok tudung dengan suhu yang terlalu tinggi bagi mengelakkan ia daripada terbakar, berlubang dan juga berbau hangit. 

             Jangan sental tudung dengan kuat

            Bagi membasuh tudung menggunakan tangan, anda digalakkan untuk meletakkan sabun hanya pada bahagian yang mempunyai kotoran sahaja. 

            Setelah itu, anda perlu menyental secara lembut dan perlahan sehingga kotoran tersebut tiada pada permukaan tudung. 

             Gunakan pelembut kain

              Tahukah anda bahawa rendaman tudung bersama fabrik yang terlalu lama boleh merosakkan kualiti tudung tersebut? 

              Oleh itu, cara yang sebaiknya adalah dengan merendamkan tudung bersama sabun dan pelembut fabrik (softener) selama 10-15 minit sahaja. 

              Kemudian, anda boleh membilas tudung sehingga kesan sabun tiada pada permukaannya. 

               Jangan sidai dibawah matahari yang terik

                Cara penjagaan yang terakhir adalah menyidai tudung di tempat yang redup.

                Menyidai tudung di bawah terik matahari boleh menyebabkan warnanya luntur dengan lebih cepat. 

                Hal disebabkan tudung memiliki sifat yang nipis dan ringan. Jadi, ia lebih mudah untuk kering sepenuhnya berbanding pakaian yang lain.

                10 Koleksi Tudung Raya Qaira Hijab

                Pada bahagian ini, kami akan berkongsi beberapa koleksi tudung raya daripada Qaira Hijab.

                 Square Scarf Marya 

                  bawal cotton printed

                  Marya ialah koleksi tudung segi empat yang diperbuat daripada material chiffon dan cotton. Bagi koleksi ini, ia mempunyai saiz bidang 48 dan 50. 

                  Jadi, anda boleh menggayakannya dengan pelbagai trend tudung terkini. 

                  Namun begitu, anda digalakkan untuk menggunakan inner neck bagi menutupi aurat pada bahagian leher dengan sempurna. 

                   Square Scarf Marya Diamond 

                    bawal chiffon

                    Marya Diamond ialah koleksi tudung square scarf yang memiliki perhiasan manik Crystal Rhinestone.

                    Ia diperbuat daripada material campuran cotton dan chiffon. Untuk koleksi Marya Diamond, ia hanya mempunyai tudung bidang 48 sahaja. 

                    Anda juga digalakkan untuk memakai inner neck bagi menutupi aurat pada bahagian leher.

                    Square Scarf Yasmin

                      bawal & shawl printed

                      Buat anda peminat tudung printed, kami ingin mencadangkan koleksi Yasmin. Koleksi ini sedikit berbeza daripada dua cadangan di atas. 

                      Koleksi tudung Yasmin diperbuat daripada Matte Satin Silk.  Material ini akan berikan efek flowy dan cantik terletak kepada si pemakai. 

                      Menariknya, koleksi Yasmin mempunyai corak abstrak yang berbentuk Q. Ia melambangkan bisnes tudung kami iaitu Qaira Hijab. 

                       Square Scraf Darla 

                        bawal satin

                        Koleksi Square Scraf Darla diperbuat daripada Matte Satin Silk. Pemakaian ini akan memberikan efek glowing dan flowy kepada si pemakai. 

                        Material ini mudah terbentuk dan ringan. Jadi, anda boleh memperagakan pelbagai gaya yang terkini bagi menaikkan lagi seri mood beraya anda. 

                        Namun, koleksi tudung ini digalakkan untuk membasuh secara hand wash. 

                        Square scraf Darla ini amat sesuai dipadankan dengan baju raya yang mempunyai corak. Kombinasi pemakaian sebegini akan tampak lebih kemas dan versatile. 

                         Bawal Instant Hanis 

                          bawal instant printed

                          Bawal instant Hanis memang sesuai dipakai ketika pagi raya. Coraknya yang minimalis dan sifat yang instant pasti dapat menjimatkan masa anda berdandan pada hari lebaran. 

                          Anda hanya memerlukan sedikit touch up pada solekan sebelum menggayakan tudung ini. Anda pasti kelihatan manis dan sopan ketika sambutan raya. 

                          Bawal ini diperbuat daripada dua material iaitu chiffon dan scuba (neoprene). Material scuba (neoprene) hanya terletak pada bahagian awning sahaja. 

                          Selain itu, anda boleh adjust kelabuhan bawal instant Hanis ini. Dengan ini, anda boleh membuat pelbagai gaya fesyen terkini mengikut kreativiti tersendiri. 

                           Bawal Instant Dara

                            bawal instant printed

                            Sama seperti di atas, bawal instant Dara juga amat sesuai buat para wanita yang ingin tampil simple dan cantik pada hari raya. Ia diperbuat daripada moss crepe. 

                            Buat pengetahuan anda, material ini hanya memerlukan ironing yang amat minimal. Hal ini disebabkan moss crepe tidak cepat kedut. 

                            Bawal instant memiliki bidang berukuran 45. Anda boleh memperagakannya mengikut kreativiti dan tutorial di platform seperti Youtube, Twitter dan TikTok. 

                             Long Shawl Tyara

                              shawl printed

                              Jika anda ingin menggayakan hijab yang berlainan daripada hari-hari biasa, kami mencadangkan koleksi Tyara. 

                              Buat anda yang menjaga penampilan Muslimah, jangan risau, shawl ini berukuran 2 meter. Jadi, anda boleh mencuba gaya pemakaian shawl terkini dengan hati senang. 

                              Disebabkan koleksi Long Shawl Tyara ini mempunyai corak abstrak, anda digalakkan untuk memakai ia bersama baju yang plain. 

                              Klik di sini untuk melihat pilihan corak bagi koleksi shawl ini. 

                              Long Shawl Qaira Basic 

                                shawl chiffon basic

                                Koleksi Long Shawl yang seterusnya ialah Qaira Basic. Sama seperti di atas, ukuran panjang bagi Qaira Basic ialah 2 meter. 

                                Lebih menariknya, koleksi long shawl ini mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik. Daripada warna soft pastel sehingga earth tone dan warna yang gelap. 

                                Dengan adanya pemilihan warna yang pelbagai, anda boleh mencari warna shawl yang bersesuaian dan boleh blend in bersama baju raya.

                                 Express Hijab Printed Sauk 

                                  tudung sarung pantas

                                  Jika ingin bersiap dengan lebih cepat pada pagi raya, anda boleh dapatkan koleksi hijab express Sauk. 

                                  Tudung ini boleh dijadikan juga sebagai pakaian bersukan, daily use dan juga ketika menghadiri acara tertentu. 

                                  Hal ini disebabkan coraknya minimalis membuatkan anda tampak kemas. Selain itu, tudung ini juga bersifat ironless, jadi anda tidak perlu risau jika bersiap lambat pada pagi hari.

                                  Sarung saja, sudah cantik! 

                                  Express Hijab Najwa 

                                    tudung sarung printed

                                    Yang terakhir sekali ialah tudung express Najwa. Ia mempunyai pad lembut pada bahagian bawah bagi menutupi dagu anda. 

                                    Tudung ini juga bersifat ironless. Anda hanya perlu sarung dan pakai sedikit mekap bagi menyerlahkan lagi kecantikan. Mudah dan cepat. 

                                    Maka, itulah cadangan kami buat anda yang sedang mencari tudung bawal sempena hari lebaran yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

                                    Sebelum anda membuat pembelian tudung sama ada secara online mahupun di butik, pasti anda sudah kenali jenis-jenis material tudung. 

                                    Ini disebabkan setiap material daripada pakaian seperti baju kurung, tudung mahupun shawl memberikan efek yang berlainan kepada si pemakai. 

                                    Selain daripada koleksi tudung yang dinyatakan di atas, kami turut mempunyai pelbagai baju kurung raya dengan harga yang berpatutan.  

                                    Untuk itu, anda boleh melihat katalog baju kurung Qaira Raya 2022 di sini. Bukan hanya untuk wanita dewasa, baju kurung raya untuk kanak-kanak juga ada! 

                                    Sebagai sebuah bisnes dalam dunia fesyen, kami amat memahami kehendak pelanggan. 

                                    Oleh disebabkan itu, kami akan memastikan kualiti pakaian kami sentiasa tip top dan selesa dipakai. 

                                    Selain itu, kami mengetengahkan corak kontemporari agar ia sesuai dengan citarasa orang-orang muda kini. 

                                    Selain daripada online platform, anda juga boleh mendapatkan pakaian seperti baju kurung raya dan koleksi tudung yang menarik di beberapa cawangan kami di: 

                                    • Central I-City Mall 
                                    • Aeon Mall Shah Alam
                                    • KL East Mall 
                                    • Bangi Sentral 
                                    • Bangi Gateaway 
                                    • Sungai Petani 
                                    • Ipoh 
                                    • Teluk Intan 
                                    • Senawang 
                                    • Johor Bahru 
                                    • KTCC Mall 
                                    • Dataran Austin 
                                    • Kota Bahru 

                                    Jadi, mari meriahkan lagi persiapan raya pada tahun ini dengan koleksi Qaira Raya 2022 dengan harga berpatutan dan berkualiti. 

                                    Klik link di bawah untuk membuat pembelian sempena lebaran raya yang bakal menyusul kurang dari sebulan ini. 

                                    Katalog Qaira Raya 2022 Di Sini!