Tudung Sarung Kualiti Terbaik Hanya di Qaira Hijab

Setiap wanita pastinya inginkan tudung yang mudah dan pantas dipakai seperti tudung sarung yang siap dengan hanya 3 saat.

Namun, tudung jenis ini antara tudung yang perlu dijaga dengan rapi supaya awning tudung kekal terbentuk cantik.

Kini, telah banyak usahawan yang mengeluarkan design menarik dan pelbagai sesuai untuk wanita muda dan tua.

Dengan rekaan yang terkini seiring dengan perubahan fesyen tudung, Qaira Hijab antara butik tudung yang digemari ramai.

Perkongsian kalini saya nak share tips berkaitan tudung sarung disamping koleksi Qaira Hijab yang patut anda ada!

 

 

Tips Kekalkan Kualiti Tudung Sarung 

tudung sarung
  • Cucian tangan

  • Sebaiknya basuh tudung sarung menggunakan cucian tangan supaya awning tudung tidak rosak.

    Basuh menggunakan mesin basuh boleh menyebabkan tudung cepat lusuh dan awning tudung mudah rosak.

     

  • Asingkan tudung dengan pakaian lain

  • Untuk kekalkan kualiti tudung terutamanya kain satin, asingkan tudung dengan pakaian lain supaya material tidak mudah tercarik.

    Tudung dan pakaian perlu dielakkan daripada bercampur ketika dibasuh kerana akan menganggu kualiti kain tudung.

     

  • Asingkan tudung mengikut kategori warna

  • Asingkan warna amat penting supaya warna yang gelap tidak luntur pada warna yang cerah.

    Terutamanya apabila anda membeli tudung baru pertama kali, ia boleh menyebabkan tudung baru itu mudah luntur warna.


  • Gunakan softener berbanding sabun serbuk

  • Sangat penting menggunakan softener dalam rendaman tudung untuk melembutkan dan mewangikan tudung.

    Berbanding dengan sabun serbuk yang kebanyakkan tidak larut pada air seterusnya meninggalkan kesan sabun pada tudung.


  • Sental bahagian kotor 

  • Tudung anda terkena kotoran degil? Sental dengan vanish dan gunakan air suam untuk tanggal kotoran degil.

    Jangan gunakan clorox kerana tidak sesuai dan bimbang tudung menjadi rosak.

    Bagi menjaga kelembutan material tudung, elak menyental dengan berus yang boleh merosakkan benang.

     

     

    5 Pilihan Tudung Sarung Qaira Hijab

    Disini, saya akan kongsikan tudung sarung daripada jenama Qaira Hijab yang terkenal dengan kualiti yang bermutu.

     

  • Express Hijab
  •  

    express hijab
    • Classic Printed Kate Moss
    • Lightweight & breathable collection 
    • Material : Moss Crepe
    • Awning : Scuba
    • Size : S & M

    Tudung ini sangat selesa digayakan ketika tetamu datang ke rumah atau melawat rumah saudara-mara.

    Tanpa perlu merisaukan awning tudung, anda hanya perlu sarung dan awning tudung ini akan terletak mengikut bentuk muka anda.

    Jenis material tudung ini sesuai dengan cuaca di Malaysia kerana breathable dan lightweight, memang sangat selesa.

     

  • Azura Elite
  •  

    tudung sarung lycra
    • Best Selling Express Hijab Collection 
    • Inspired by floral looks
    • Printed Azura Elite (New Collection)
    • Lightweight & breathable collection 
    • Material : Lycra
    • Awning : Scuba
    • Size : M & L

    Tudung sarung yang minimalis tapi masih mengekalkan ciri-ciri yang elegan.

    Terdapat pelbagai corak yang menarik bertemakan floral sesuai digayakan oleh wanita yang ingin tampil ceria.

    Material kain tudung ini juga mudah digosok dan tidak mudah berkedut.

     

  • Sauk Plain
  •  

    sports hijab
    • Sport Hijab Sauk Plain 
    • Breathable, Ironless, Comfy & Anti-Odor collection 
    • Material : Cotton
    • Awning : Cotton
    • Size : S, M, L, XL

    Sport hijab yang muslim-friendly untuk digayakan ketika bersukan tanpa perlu merisaukan kesan peluh akan melekat pada tudung. 

    Material yang digunakan sangat selesa untuk dipakai ketika berpeluh dan tidak akan berbau.

    Walaupun warna-warna tudung ini plain ia memudahkan anda untuk matching dengan baju-baju yang ada. 

    Bila anda pakai Sport Hijab ini pasti nampak lebih bergaya ketika bersukan nanti.

     

  • Bawal Express
  •  

    bawal express
    • Hanis Corak (New Collection) 
    • Material : Chiffon 
    • Awning : Scuba

    Tudung bawal yang menjadikan seseorang itu tampil ayu dan manis sahaja. 

    Awning tudung ini senang dibentuk dan rasa sejuk kerana menggunakan material chiffon.

    Ramai yang risau untuk memakai bawal kerana bimbang sukar untuk membentuk awning yang kemas.

    Dengan Bawal Express daripada Qaira Hijab anda akan rasai keseronokan memakai tudung bawal.


  • Express Hijab Laura
  •  

    instant hijab
    • Laura (New Collection) 
    • Express Hijab Shawl
    • Material : Lycra
    • Awning : Scuba
    • Size : M & L

    Gabungan tudung sarung dan shawl yang sangat menarik untuk digayakan oleh pelbagai peringkat umur. 

    Tudung ini boleh digayakan mengikut citarasa anda dan sesuai untuk apa-apa majlis kasual atau formal.

    Mengekalkan “effortless look” tanpa perlu pening kepala untuk memikirkan stail apa yang sesuai untuk anda.

    Lebih menarik lagi dan tidak perlu memakai brooch yang banyak pun untuk kelihatan bergaya. 


    Kesimpulannya, penjagaan tudung termasuk tudung sarung juga perlu dititikberatkan untuk menjaga kualiti seperti baru dibeli.

    Siapa sahaja yang tidak marah jika awning tudung tidak menjadi seperti yang diidamkan, bukan?


    Kami di Qaira Hijab menghasilkan tudung yang berkualiti supaya anda dapat menikmati tudung sarung yang stail dan selesa.

    Qaira Hijab merupakan kedai fesyen yang menjual pelbagai jenis rekaan tudung yang terkini dan menarik.

    Qaira Hijab telah ditubuhkan sejak 2009. Sejak itu, syarikat ini semakin berkembang setiap hari.

    Oleh itu, anda wajib ada sekurang-kurangnya satu koleksi Qaira Hijab dalam almari anda.


    Dapatkan Tudung Sarung Terbaik di Qaira Hijab Sekarang!