Description
KURUNG AMIRA
Kurung Amira menampilkan gaya klasik moden yang elegan dengan sentuhan corak kotak yang eksklusif, sempurna untuk wanita yang menghargai keselesaan dan keanggunan dalam satu rekaan.
Diperbuat daripada material Checkered Cotton Mix, ia memberikan rasa lembut namun tetap kemas terletak pada badan. Bahagian hujung lengan dihiasi lace halus yang menambah seri feminin pada keseluruhan penampilan. Potongan atas berbentuk A-cut longgar menjadikan ia sangat selesa dipakai seharian tanpa mengabaikan gaya sopan.
Padanan kainnya pula direka dengan potongan kain lipat depan tradisional, memberi ilusi langsing dan memudahkan pergerakan. Kurung Amira juga mudah digosok, tidak jarang dan sesuai digayakan untuk ke pejabat, majlis rasmi mahupun acara santai hujung minggu.
β¨ Butiran Produk:
• Material: Checkered Cotton Mix
• Potongan: A-cut longgar
• Perincian: Lace halus di hujung lengan dan bawah baju
• Kain: Lipat depan tradisional
• Kelebihan: Tidak panas, mudah digosok, Tidak jarang & selesa dipakai seharian
• Wudhu-friendly & selesa dipakai lama
• Zip depan - 10inch sesuai untuk BFF
• Dan kami sediakan span dibahu
• Label: Cotton Tag
π Kurung Amira — pesona klasik yang kekal moden, elegan dan sopan.
πModel pakai saiz S

Cara Penjagaan Fabrik:
Kebanyakan item yang diperbuat daripada renda (lace) disarankan untuk basuhan tangan atau cucian kering (dry clean) menggunakan air sejuk dan detergen yang lembut.
Elakkan daripada menggosok terlalu kuat kerana tindakan tersebut boleh merosakkan dan mengubah bentuk serat kain.
Perhatian:
Warna sebenar mungkin sedikit berbeza daripada gambar disebabkan pencahayaan semasa pengambaran, tetapan skrin komputer/telefon bimbit.
Kami sentiasa berusaha untuk memastikan warna yang dipaparkan adalah sama dengan produk.
Nota:
• Barangan jualan (sale items) tidak boleh dipulangkan, ditukar atau dikembalikan wang.
• Penukaran disebabkan perubahan fikiran (change of mind) tidak dibenarkan.
• Sebarang kerosakan akibat cara mencuci, menyimpan atau menggosok yang salah tidak dibernarkan.