Set Baju dan Seluar Yang Versatile di Qaira Hijab

Pada zaman kini, semakin banyak pejabat beri kebebasan kepada pekerja untuk mengenakan pakaian yang lebih santai seperti set baju dan seluar.

Para pekerja nampaknya lebih selesa memilih kod pakaian smart casual sebagai uniform kerja kerana tampak lebih bersahaja dan kemas. 

Jadi, walaupun anda harus kelihatan profesional, tidak ada alasan untuk “mengabaikan” penampilan yang bergaya.

Bila anda berpenampilan kemas, bersahaja, dan cantik, lagi semangat lah nak datang office hari-hari kan?

Jom baca lebih lanjut tentang apa itu smart-casual dan tips untuk berpakaian sebegitu.

 

Apakah Maksud Pakaian Smart-casual?

set baju dan seluar

Dunia fesyen di Malaysia dilihat tidak lagi didominasi oleh golongan wanita sahaja, sebaliknya golongan lelaki juga kini turut mengikuti perkembangan trend fesyen semasa.

Mencari padanan sesuai untuk ke pejabat memerlukan penelitian. Sudah menjadi resam dalam duna korporat bahawa setiap pekerja harus mematuhi ‘dress code’ yang sesuai agar sentiasa kelihatan kemas dan menarik.

Namun begitu, jika anda mudah bosan dengan pakaian pejabat yang kelihatan formal, anda boleh mencuba beberapa ciri padanan yang menampakkan anda kekal formal walaupun berpakaian ala smart casual.

Seperti contoh, bagi lelaki anda boleh mengenakan pakaian seperti baju berkolar atau t-shirt dan seluar jeans sambil mengenakan jaket atau blazer sebagai outerwear.

Penggayaan outerwear di sini amat penting untuk memberikan keseimbangan kepada pemakaian t-shirt agar tidak kelihatan terlalu kasual.

Bagi wanita pula, pemakaian suit membuatkan anda dilihat santai dan meyakinkan. Penggayaan skirt bersama blaus juga menjadikan wanita kelihatan anggun dan bergaya.

 

Tips Up-kan Stail Smart-casual

smart casual

Antara tips yang boleh diketengahkan untuk menjadikan pakaian ala smart-casual agar anda tampak bergaya dan berkeyakinan selama 8 jam bekerja adalah:


  • Mencari padanan baju dan seluar yang tepat

Untuk tampil smart casual, penting bagi anda untuk memadankan top and bottom yang tepat.

Untuk gaya ini, elakkan pemilihan pakaian yang terlalu rumit. Pilihlah design baju dan seluar yang simple sahaja.

Sebagai contoh, jika anda mengenakan baju sweatshirt, anda boleh padankan dengan seluar slack agar tidak nampak terlalu casual tetapi kemas untuk ke pejabat. 


  • Pemilihan warna yang sesuai

Warna memainkan peranan penting dalam jenis pakaian yang anda gayakan.

Kebiasaannya gaya formal sinonim dengan pemilihan warna yang gelap, begitu juga sebaliknya. 

Sebagai contoh, untuk lelaki mahupun wanita anda boleh memilih warna yang gelap, ataupun putih atau warna yang tidak terlalu kontra.

Hal ini kerana warna yang terlalu vibrant atau terang susah untuk dipadankan dengan warna lain. Jadi, pilih warna yang betul-betul sesuai dengan anda.


  • Gayakan dengan aksesori yang tepat.

Selain pakaian, penggayaan aksesori juga memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang.

Sebagai contoh bagi lelaki, cermin mata, tali pinggang, jam tangan kulit dan juga leather bag lebih member kesan mewah berbanding material canvas atau material lain.

Untuk wanita pula, pilihlah warna kasut yang sesuai dengan warna baju dan dipadankan pula dengan beg tangan dengan design yang simple.

 

Smart-Casual Dengan Qaira Hijab

Jangan pening-pening lagi baju smart-casual yang anda nak pakai, Qaira Hijab ada set baju yang sesuai untuk anda pakai ke pejabat.

Didatangkan dengan set baju dan seluar - Rosalinda Suit Crepe jalan penyelesaian kepada outfit smart-casual anda.

rosalinda suit crepe

***Model memakai Rosalinda Suit - RS03 (Acorn Brown)


Seiring dengan perkembangan semasa, Qaira Hijab tidak ketinggalan menghasilkan rekaan baju ala smart casual untuk digayakan oleh para wanita yang bekerjaya.

Rosalinda suit crepe didatangkan dengan satu set baju dan seluar cotton crepe.

Terdapat 7 pilihan warna warm dan cool tone sesuai untuk pakaian harian ke pejabat iaitu:

  • Coal Black
  • Acorn Brown
  • Rosewood Sand
  • Sage Green
  • Rosewood Maroon
  • Pigeon Blue
  • Powder Blue

Material baju dan seluar yang ironless sangat memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Selain itu potongan classic slim dan loose cutting membuatkan pemakainya lebih selesa.

Cuff button di bahagian lengan, butang penuh dihadapan menjadikan suit ini breastfeeding friendly dan wudhu’ friendly. Material yang sangat selesa dan easygoing!


Kesimpulannya, pakaian smart casual sangat sesuai dengan pemakaian pejabat pada zaman sekarang kerana ia memudahkan, menjimatkan masa dan nampak fresh!

Dengan tip-tip pemakaian smart casual diatas, harap membantu anda untuk berketerampilan lebih kemas dan bergaya.

Sudah tidak ada alasan untuk anda yang bekerjaya untuk tampil dengan gaya professional tetapi trendy!

Walaubagaimanapun, sebagai pekerja, anda tetap perlu memilih pakaian yang sopan untuk digayakan apatah lagi apabila berhadapan dengan klien.

Selain daripada set baju Rosalinda Suit Crepe, anda juga boleh dapatkan koleksi tudung pelbagai jenis dan variasi warna serta blaus-blaus cantik.

Kami di Qaira Hijab sentiasa memastikan pelanggan kami up-to-date dengan fesyen semasa dan kekal menitikberatkan aurat dengan bergaya.

Sekarang anda dah tahu di mana nak beli semua ini, anda boleh layari website Qaira Hijab untuk membuat pembelian! Klik link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

JOM SHOPPING DI QAIRA HIJAB SEKARANG!

TAGS: